fbpx

Grammy: Justin Bieber, Billie Eilish pulang tangan kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jon Batiste (kiri) menang lima trofi termasuk Album Terbaik dan Olivia dinamakan Artis Baharu Terbaik.

HADIR ke acara Grammy Awards ke-64 dengan pencalonan terbanyak iaitu dalam 11 kategori, pendatang baharu dan pemuzik kulit hitam, Jon Batiste dinobatkan sebagai pemenang trofi utama iaitu Album Terbaik menerusi diskografi berjudul We Are.

Selain kemenangan tersebut, Jon turut membawa pulang empat trofi lain iaitu Muzik Video, Skor Runut Bunyi untuk Media Visual, Persembahan Muzik ‘Roots’ Amerika dan Lagu ‘Roots’ Amerika Terbaik.

Turut cemerlang adalah kumpulan Silk Sonic yang dianggotai Bruno Mars dan Anderson .Paak apabila dinobatkan sebagai pemenang Lagu Terbaik dan Rakaman Lagu Terbaik menerusi single hit, Leave The Door Open.

Lagu tersebut turut membawa tuah buat Silk Sonic yang diumumkan pemenang kategori Lagu R&B dan Persembahan R&B Terbaik.

Seorang lagi pendatang baharu, Olivia Rodrigo turut cemerlang dengan tiga kemenangan dalam kategori Artis Baharu, Album Pop Vokal dan Persembahan Solo Pop Terbaik.

Lady Gaga membantu SZA naik ke pentas yang dalam keadaan bertongkat meskipun tewas kepada penyanyi berkenaan dalam kategori dicalonkan.

Bagaimanapun, tuah ternyata tidak menyebelahi Justin Bieber yang dicalonkan dalam lapan kategori dan Billie Eilish (tujuh) apabila masing-masing pulang dengan tangan kosong apabila tewas dalam semua pencalonan.

Diva pop, Lady Gaga pulang dengan dua kemenangan iaitu Album Pop Vokal Tradisional dan Album Kejuruteraan Terbaik untuk diskografi kolaborasi bersama lagenda jazz, Tony Bennett menerusi Love For Sale.

Sementara itu, Doja Cat dan SZA menang trofi Persembahan Kumpulan/Duo Pop Terbaik menerusi lagu Kiss Me More.

Gaga menjadi perbualan ramai apabila bukan hanya menghadirkan persembahan tribute luar biasa buat Tony, pelantun lagu Shallow itu turut dipuji kerana kebaikannya membantu SZA naik ke pentas yang bertongkat ketika dinamakan sebagai pemenang Persembahan Kumpulan/Duo Pop Terbaik.

Grammy Awards ke-64 bersiaran langsung dari Las Vegas, MGM Grand Garden Arena, Amerika Syarikat dan dihoskan oleh Trevor Noah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI