fbpx

Adik Jong-un beri amaran keras kepada Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yo-jong beri amaran kepada Korea Selatan agar lebih berhati-hati selepas mengugut menyerang Korea Utara secara terbuka. - X80001

PYONGYANG – Korea Utara memberi amaran kepada jirannya, Korea Selatan agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sekiranya ingin mengelak perang daripada  berlaku, lapor akhbar Metro News UK semalam.

Amaran itu dikeluarkan oleh Kim Yo-Jong yang merupakan adik perempuan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

“Menteri Pertahanan Korea Selatan, Suh Wook sangat berani dan dalam masa yang sama, bodoh kerana membuat ugutan serangan secara terang-terangan kepada Korea Utara yang mempunyai senjata nuklear.

“Semua pemimpin dalam pentadbiran Korea Selatan perlu lebih bijak mendisiplinkan diri jika tidak mahu bencanan menimpa negara itu,” tegas Yo-jong dalam satu kenyataan.

Suh Wook sebelum ini berkata, negaranya  bersedia untuk melancarkan serangan pendahuluan  ke atas Korea Utara sekiranya perlu.

Menurutnya, Seoul boleh melakukan serangan tepat dan cepat ke atas mana-mana sasaran di Korea Utara.

Beberapa pelancaran peluru berpandu oleh Pyongyang pada bulan lepas telah meningkatkan ketegangan dengan  Seoul dan masyarakat dunia.

Korea Selatan tidak mempunyai senjata nuklear sebenar dan berada di bawah perlindungan ‘payung nuklear’ Amerika Syarikat (AS) yang bermaksud negara itu akan dilindungi sekiranya berlaku serangan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI