fbpx

864,450 warga emas masih belum booster – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan sebanyak 864,450 warga emas berusia 60 tahun ke atas masih belum mendapatkan dos penggalak.

Menerusi satu hantaran di laman Twitternya, beliau berkata, kes kematian akibat Covid-19 masih lagi tertumpu kepada golongan itu.

“Seramai 864,450 warga emas berusia 60 tahun ke atas masih belum menerima dos penggalak. Kes kematian sekarang banyak tertumpu kepada golongan tersebut terutama yang belum boosted (menerima dos penggalak).

“Dalam fasa peralihan ini, kita harus melindungi golongan berisiko tinggi seperti orang tua kita. Dapatkan dos penggalak buat mereka,” ciapnya hari ini.

Infografik yang dikongsikan.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin turut berkongsi infografik menunjukkan kadar kematian kerana Covid-19 membabitkan golongan tersebut sejak 12 minggu lepas adalah tertinggi.

Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan orang ramai untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dalam fasa peralihan ini.

“Alhamdulillah masjid mula penuh untuk solat berjemaah. Teruskan pakai pelitup muka dengan cara yang betul.

“Pakai pelitup muka dengan betul (terutamanya di tempat tertutup) dengan pengudaraan yang baik adalah amat penting dalam kita menguruskan wabak Covid-19,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI