fbpx

Tular Indomie dalam perisa Matcha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Indomie berperisa Matcha yang tular di laman Twitter Indonesia. - Twitter

JAKARTA – Media sosial Indonesia menjadi kecoh apabila satu ciapan Twitter memaparkan mi segera Indomie dipercayai kini boleh didapati dalam perisa ‘matcha’.

Menurut laporan laman hosp.id, muat naik gambar Indomie berperisa ‘matcha’ di Twitter telah menimbulkan pelbagai persoalan akan kebenarannya.

Menurut ciapan itu, Indomie perisa ‘matcha’ adalah salah satu rangka promosi sempena meraikan ulang tahun ke-50 syarikat pengeluar mi segera itu.

“Adakah perisa ini benar-benar dikeluarkan oleh Indomie? Siapa yang pernah rasa tolong kongsikan testimoninya,” komen seorang pengguna media sosial.

Setakat ini, status Twitter itu sudah diulang siar sebanyak 4,076 dengan lebih 47,000 tanda suka. 

Bagaimanapun, Pengurus Pemasaran Indomie PT Indofood CBP Sukses Makmur Tbk Vemri Verradi Junaidi berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang perancangan mengeluarkan perisa tersebut.

Menurutnya, gambar Indomie perisa ‘matcha’ itu hanyalah suntingan yang dilakukan oleh pihak netizen. 

“Indomie tidak mengeluarkan perisa yang disebutkan di atas. Gambar yang tular merupakan konten kreatif yang disunting netizen.

“Bagi peminat Indomie, perisa baharu yang kami keluarkan hanya akan dimuat naik oleh saluran media sosial rasmi sahaja,” jelas Vemri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI