fbpx

Rampingnya pinggang Farahdhiya, macam kerengga!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI mengagumi bentuk badan langsing dan pinggang ramping dimiliki Farahdhiya.

DIVA mahu buat pengakuan jujur. Diva sangat cemburu dengan bentuk pinggang ramping milik pelakon dan juga penyanyi, Farahdhiya.

Baru-baru ini, pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu ada berkongsi rutin senamannya di gimnasium. Namun apa yang menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila Farahdhiya mempamerkan bentuk pinggang yang ramping umpama kerengga!

Kalau nak dibandingkan dengan pinggang Diva, memang jauh beza ibarat langit dan bumi. Perkongsian Farahdhiya turut menarik perhatian peminatnya yang kagum dengan bentuk tubuh dimiliki penyanyi berkulit putih melepak itu.

Lebih hairan apabila Farahdhiya diketahui suka memasak dan makan, namun masih mampu mengekalkan bentuk pinggang umpama biola.

“Boleh kongsi tip pinggang ramping?” soal salah seorang pengikutnya.

“Pinggang kerengga! Cemburunya,” kata seorang lagi netizen.

Bersempena kedatangan bulan Ramadan kali ini, Diva harap bentuk badan Diva juga mampu jadi seperti Farahdhiya!

DIVA: Zaman moden sekarang masih ada yang pakai minyak dagu ke? Kasihan Ahmad Iqbal kena fitnah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI