fbpx

JAIM keluar notis bawa rokok dalam poket sebelum petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Sukri memeriksa rokok di dalam poket seluar yang dibawa seorang lelaki ketika pemeriksaan di Klebang, Melaka hari ini.

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan mengeluarkan notis kepada umat Islam yang dikesan membawa rokok di dalam poket pakaian sebelum pukul 2 petang.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, tindakan itu dibuat bagi membolehkan penguatkuasaan dilakukan secara efektif tanpa sebarang manipulatif.

Katanya, umat Islam yang dikesan membawa rokok di dalam poket seluar atau baju sebelum pukul 2 petang akan dikenakan notis hadir ke pejabat bagi tindakan peringatan.

“Kita akan buat pendekatan di peringkat penguat kuasa operasi, kita akan bagi notis kepada pelaku untuk ke pejabat dan diberikan nasihat yang sepatutnya.

“Kita bukan nak saman dia, ini hanya sebagai peringatan supaya perkara ini tidak berlaku kerana ia boleh membawa kepada kejadian ponteng puasa,” katanya pada sidang akhbar selepas menjalankan Operasi Plastik Hitam Bersendawa di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau menjelaskan, pendekatan secara berhemah itu dilakukan selepas pihaknya mengesan ramai umat Islam membawa rokok di dalam poket, namun mendakwa berpuasa.

“Dalam operasi hari ini, seramai dua individu dikesan membawa rokok di dalam poket seluar, kita juga boleh bau asap rokok dan percaya individu terbabit tidak berpuasa.

“Namun, bau itu adalah subjektif dan tindakan kompaun tidak boleh dikenakan, malah pelaku juga memberikan alasan tidak menyedari terdapat rokok di dalam poket seluar sama yang dipakainya semalam,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI