fbpx
Ummi Aulia

Aulia gadis serba boleh mahu berbuka di Hagia Sophia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gadis Pesona Ahad minggu ini, Ummi Aulia Azhar, 25, seorang yang bekerja keras dan menggunakan kelebihan diri sebaik mungkin.

Buktinya, bukan satu pekerjaan dilakukan malah tiga iaitu ejen insurans, model sambilan dan penerbit drama serta filem di syarikat penerbitannya, Million Works Media Sdn. Bhd.

Biarpun berada di puncak karier ketika ini, Aulia berhasrat untuk memperlahankan kerjayanya sepanjang Ramadan bagi memberi tumpuan menjalani ibadah bersama keluarga sebaiknya.

Kepada Kosmo! Ahad, anak sulung daripada lima beradik ini berkongsi mengenai dirinya termasuk perancangan menyambut Ramadan pada tahun ini.

Kosmo! Ahad: Ceritakan mengenai diri Aulia?
AULIA: Anak sulung dari lima beradik, seorang yang berani mencuba benda baharu dan sentiasa berkeyakinan tinggi sehingga tekad membuka syarikat penerbitan sendiri ketika usia 22 tahun.
Berkat usaha gigih, Milion Works telah menerbitkan Telemovie ‘Takdir yang Tertunda’ lakonan Nazim Othman dan Nadia Brian yang disiarkan di TV3 tahun lalu. Selain itu, saya juga komited dengan kerjaya saya sebagai ejen insurans dan model sambilan.

Tiga kerjaya, tidak penat?
Penerbit, ejen insurans dan model, semua kerja ini masanya sangat fleksibel, saya boleh susun sendiri jadual mengikut keutamaan.

Adakah Aulia minat berlakon?
Ya, berlakon antara cabang yang saya minat dan pernah mempertaruhkan bakat sebagai watak sampingan dalam beberapa telemovie antaranya ‘Bapa Puasa Anak Raya’ ditayangkan stesen tv Alhijrah tahun lalu.

Aktiviti yang beri ketenangan, keseronokan?
Saya gemar melancong ke luar negara dan setakat ini hampir 20 buah negara dilawati antaranya Hong Kong, Thailand, Korea, Jepun, Turki, dan India.

Persediaan Aulia menjelang Ramadan?
Teruja apabila tahun ini tidak terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti dua tahun lepas.Saya akan cuba kurangkan masa bekerja dan menumpukan ibadah puasa dan ibadah-ibadah sunat yang lain.
Selain itu, saya juga ada perancangan untuk bercuti ke Turki bersama keluarga pada minggu akhir Ramadan kerana ingin merasai suasana berbuka puasa beramai-ramai di Hagia Sophia dan Blue Mosque.

Juadah berbuka puasa kegemaran?
Buah kurma dan Kuih Tepung Pelita memang wajib ada ketika berbuka.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Lelaki yang sentiasa sokong dan beri galakan untuk saya menjadi seseorang yang lebih baik, rajin. Lelaki itu perlu ada matlamat untuk berjaya dan paling penting dia solat lima waktu.

Pesanan Aulia pada anak muda?
Anak muda perlu berani mencabar diri mencuba sesuatu yang baharu dan jangan jadikan faktor usia sebagai penghalang untuk mencapai impian diri.

Trivia
Nama Penuh: Ummi Aulia Azhar
Umur: 25
Asal: Pulau Pinang
Adik beradik: Anak pertama (lima adik beradik)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian (Pemasaran Teknologi Tinggi), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Instgram: bellaestrella.co

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

POPULAR