fbpx

1 Ramadan, air mata Shuib menitis di pusara Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB ketika menziarah pusara isterinya, Allahyarham Siti Sarah, semalam.

PETALING JAYA – Pertama kali menyambut bulan Ramadan tanpa syurga hati di sisi, air mata pelawak Shuib menitis di atas pusara isterinya, Allahyarham Siti Sarah.

Terpisah jasad dek suratan takdir, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkongsi momen meruntun jiwa tersebut menerusi Instagramnya saat mengunjungi persemadian abadi arwah Siti Sarah semalam.

“Insya-Allah, semuanya baik-baik sahaja. Doakan saya diberi kekuatan,” ujar Shuib, 38.

Bapa kepada empat cahaya mata itu melawat pusara Siti Sarah Raissuddin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak bersama amanah isterinya, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7.

Berbaju putih dalam video yang dimuat naik, pengasas jenama minuman tempatan, Bubblebee itu membuatkan netizen tersentuh dan ramai dalam kalangan mereka mendoakan perkara yang baik-baik untuk Shuib sekeluarga.

“Menangislah, kerana hanya kamu dan Dia (Tuhan) yang benar faham. Salam Ramadan, sayang,” tulis Shuib pada kapsyen video yang dimuat baik.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Orang ramai turut berkongsi rasa rindu dan sedih buat Allahyarham namun ternyata, hanya Shuib yang paling dekat dengan dua emosi tersebut dan merasainya.

“Ramadan pertama tanpa arwah Siti Sarah. Al-Fatihah.

“Kak Sarah, kami rindu akak kacau-kacau abang Shuib. Kami rindu dengar akak menyanyi, akak kongsi resipi masak. Kami rindukan akak,” demikian antara luahan rasa ditinggalkan peminat dalam ruangan komen.

Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011 dan hasil perkongsian hidup selama 11 tahun, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat komplikasi jangkitan Covid-19 namun dalam realiti pahit tersebut, beliau sempat melahirkan anak bongsu, Ayash Affan yang kini berusia tujuh bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI