fbpx

Biasiswa pengajian tinggi RM800,000 untuk anak Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuzi (tengah) menyerahkan surat tawaran kepada seorang pelajar anak Pulau Pinang pada Majlis Perasmian Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia di Permatang Pauh hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebanyak RM800,000 diperuntukan kepada anak-anak Pulau Pinang bagi melanjutkan pengajian menerusi program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) 2022.

Replika cek biasiswa berkenaan diserahkan Universiti Antarabangsa UNITAR pada Majlis Perasmian Jelajah JPKM Peringkat Negeri Pulau Pinang anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) di Permatang Pauh di sini hari ini.

Program itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Pada majlis itu turut diadakan penyerahan surat tawaran melanjutkan pengajian kepada pelajar yang layak daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Antarabangsa UNITAR dan penyerahan Bantuan Tunai Pendidikan kepada anak-anak Pulau Pinang mengikut kelayakan pendapatan keluarga masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Induk JPKM, Profesor Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkara, pihaknya sangat berbesar hati dan berasa terharu dengan kehadiran Ahmad Fuzi bagi merasmikan peogram berkenaan

“Tuan Yang Terutama (Ahmad Fuzi) selalu berpesan kepada saya untuk memastikan tiada seorang pun anak-anak Pulau Pinang tercicir daripada mendapat akses pendidikan tinggi,” ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd. Aizuddin Ghazali berkata, program berkenaan telah memberi sumbangan besar kepada rakyat Malaysia khususnya bagi golongan pelajar tercicir dan kurang berkemampuan untuk diberi peluang kedua melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

JPKM 2022 merupakan kesinambungan daripada Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) yang dianjurkan pada 2016 hingga 2018.

Program yang berbentuk pameran pendidikan itu melibatkan penyertaan seluruh universiti awam dan institusi pengajian tinggi bagi memberi peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tercicir untuk melanjutkan pengajian.

JPKM 2022 akan berlangsung selama empat bulan bermula pada 6 Mac hingga 30 Jun 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI