fbpx

Nyanyian Ara Johari, Khai Bahar lebih sedap?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DENDANGan lagu Ku Ikhlaskan milik Datuk Seri Vida (tengah) versi Ara Johari dan Khai Bahar ternyata dipuji peminat.

CERITA mengenai single kedua Datuk Seri Vida berjudul Ku Ikhlaskan nampaknya masih belum berakhir.

Sepanjang minggu ini, satu demi satu penyanyi tanah air muncul menyanyikan semula lagu tersebut dan dikongsi dalam media sosial.

Antaranya ialah Ara Johari dan Khai Bahar yang meraih ribuan pujian kerana dikatakan mendendangkan lagu tersebut dengan lebih lunak berbanding persembahan penyanyi asal.

Rata-rata netizen berpendapat lagu tersebut seharusnya diberikan kepada penyanyi yang selayaknya.

“Rasa tenang dengan Khai nyanyi lagu ini, tak pening kepala,” puji netizen.

“Ara nyanyi lebih sedap daripada Vida,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI