fbpx

Bella Astillah kecewa, tuntut tiket konsert Justin Bieber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA kecewa selepas pembelian tiket konsert Justin Bieber yang dilakukannya dibatalkan tanpa sebab yang jelas.

PETALING JAYA – Impian penyanyi dan juga pelakon, Bella Astillah untuk menonton persembahan konsert Justin Bieber di Malaysia iaitu Justice World Tour lebur apabila pembelian tiket yang dibuat terbatal dengan sendiri walaupun transaksi pembayaran telah dilakukan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Bella memaklumkan telah membayar sejumlah RM6,286 untuk harga tiket konsert tersebut, namun dibatalkan tanpa sebab yang jelas.

“Saya percaya ramai di antara anda termasuk saya pernah berhadapan dengan isu mengecewakan seperti ini iaitu pembayaran dibatalkan tanpa sebab yang jelas. Saya menunggu dan beratur sama macam orang lain,” ujarnya.

Menurut isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu lagi, dia telah menghantar e-mel dan menelefon pihak penganjur untuk mendapatkan penjelasan atas sebab yang berlaku.

“Saya telah menghantar e-mel, menelefon dan menghantar mesej untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya dibiarkan tergantung tanpa sebab atau kemas kini.

“Malah pihak bank turut memaklumkan telah meluluskan pembayaran, namun pihak anda memulangkannya semula (pembayaran) tanpa sebab. Tolong benarkan saya mendapatkan tiket dan jangan buatkan saya kecewa,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, Bella turut berkongsi bukti pembayaran tiket yang telah dibuat.

Sekadar informasi, tiket konsert oleh penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber yang akan diadakan di Stadium Negara pada 22 Oktober depan habis terjual dalam masa tiga jam sahaja.

Tiket-tiket dijual bermula pada harga RM288 hingga RM1,088. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI