fbpx

Syukur, saf, sejadah kembali rapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Kebenaran solat berjemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal yang bermula hari ini menerbitkan rasa syukur dan gembira dalam kalangan jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat hari ini.

Jemaah di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan di sini, Ab. Ghani Abu Bakar, 68, berkata, setelah lebih dua tahun, waktu yang dinantikan tiba hari ini dan agak menghibakan ia hadir ketika umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan.

“Saya sendiri cukup rasa bersyukur, ini lah yang kita semua nantikan. Apatah lagi pada hari Jumaat dan menjelang bulan Ramadan.

“Terima kasih kepada pihak berwajib yang memberikan kebenaran, apa yang baik tentunya kita akan sokong,” katanya.

Seorang lagi jemaah, Mohd. Bustamam Ahmad, 67, pula berkata, langkah kerajaan negeri memberikan kebenaran untuk jemaah di masjid dan surau menunaikan solat tanpa penjarakan fizikal sesuatu yang sangat dialu-alukan ketika negara sudah mula ke fasa peralihan ke endemik.

“Ini satu langkah yang munasabah, baik, bijak dan sangat dialu-alukan. Tambahan pula menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi. Sebagai umat Islam yang sentiasa rindukan solat berjemaah seperti dahulu, tentunya kami rasa sangat bersyukur,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI