fbpx

Nenek ‘catwalk’ lintas landasan kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan situasi seorang nenek melintasi landasan yang dikosongkan sejurus sebelum kereta api tiba. - Twitter

JAKARTA – Sebuah klip video tular di Indonesia apabila memaparkan seorang nenek berjalan dengan santai melintasi landasan yang dikosongkan sejurus sebelum kereta api tiba, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya itu dimuat naik dalam akaun Twitter bernama @jowoshitpost.

Ia memaparkan situasi jalan raya berhampiran sebuah landasan kereta api dengan kenderaan-kenderaan berhenti di sebalik palang penghadang.

Seorang nenek dilihat melintasi landasan itu sambil disaksikan pengguna jalan raya lain. Nenek yang berkebaya merah dan berkain batik itu  tidak sedikit pun kelihatan risau.

Hon kedengaran dibunyikan serentak untuk mengingatkan nenek itu supaya segera menjauhi landasan kereta api. Namun ia seakan-akan tidak diendahkan dengan wanita itu terus berjalan dengan santai. 

Selepas melintasi landasan, penjaga palang menghampiri nenek itu lalu menariknya dalam keadaan marah. Kejadian dikatakan berlaku di kawasan Paron, daerah Ngawi, Jawa Timur.

Rakaman itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pasti mereka yang berada di belakang palang gelisah,’’ tulis seorang netizen.

“Pertunjukan fesyen paling tegang,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI