fbpx

Barang di Jepun naik harga mulai bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelombang kenaikan harga di Jepun disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah. – Kyodo

TOKYO – Pengguna di Jepun berdepan dengan gelombang kenaikan harga barangan terutamanya keperluan asas seperti makanan dan produk harian bermula hari ini ekoran peningkatan kos bahan mentah, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Ketika perubahan berlaku dalam sistem sosial Jepun bagi tahun kewangan 2022 termasuk pengurangan manfaat pencen awam, kenaikan harga itu akan memberi kesan buruk kepada rakyat terutamanya golongan pesara.

Perkembangan itu menyaksikan syarikat pengeluar barangan keperluan seperti Megmilk Snow Brand, Meiji dan Morinaga Milk Industry menaikkan harga keju, manakala The Nisshin OilliO Group dan J-Oil Mills menaikkan harga minyak masak untuk kegunaan di rumah.

Beberapa produk makanan lain yang menyaksikan kenaikan harga termasuk sos tomato Kagome dan snek popular, Umaibo yang telah dijual pada harga 10 yen (RM0.34 sen) tanpa cukai selama lebih 40 tahun.

Barangan lain seperti tisu tandas serta produk lampin pakai buang juga akan dinaikkan harga.

Sementara itu, sistem pengangkutan awam Jepun yang turut terlibat dalam gelombang kenaikan harga itu termasuk East Japan Railway akan menaikkan harga tiket kereta api berkelajuan tinggi (bullet train) semasa musim cuti. 

Harga tiket penerbangan syarikat penerbangan Japan Airlines  turut akan dinaikkan bagi penerbangan domestik bermula 15 April ini.

Dalam pada itu, sistem pencen awam Jepun menyaksikan manfaat akan dikurangkan sebanyak 0.4 peratus, disebabkan penurunan gaji akibat pandemik Covid-19. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI