fbpx

Zakat fitrah di Perak kekal RM7, RM14 dan RM21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Kadar zakat fitrah di Perak tahun ini masih dikekalkan dengan tiga pilihan bayaran iaitu RM7, RM14 dan RM21 mengikut kepada jenis beras yang lazim dimakan.

Perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada 4 hingga 6 Januari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, RM7 adalah harga minima yang perlu dibayar oleh setiap individu berkewajipan.

Bagaimanapun katanya, jika individu ingin melebihi kadar berkenaan ia sangat digalakkan atas dasar ‘tatawwu’ atau galakkan memperbanyak ibadah ketaatan.

MAIPk juga sudah melantik amil yang akan bertugas di semua masjid, surau, serta lokasi tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI