fbpx

Penulis lirik Lelaki Teragung, Rudy Imran meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUDY IMRAN atau nama penanya Iman Imran meninggal dunia pagi tadi.

PETALING JAYA- Penulis lirik lagu Lelaki Teragung, Iman Imran disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Iman atau nama sebenarnya, Rudy Imran Shamsuddin yang masih bujang menghembuskan nafas terakhir pada usia 47 tahun di kediamannya di Semenyih, Selangor.

Allahyarham yang juga bekas wartawan hiburan sebuah akhbar berbahasa Melayu itu terdahulu menghidap kanser usus sejak beberapa tahun lalu.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan sendiri rakan serumah arwah pagi tadi.

RUDY (kiri) sewaktu malam Anugerah Juara Lagu ke-31.

Difahamkan, Allahyarham baru sahaja dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin lalu selepas menerima rawatan lanjutan kanser.

Sepanjang hayatnya, Rudy yang merupakan bekas wartawan hiburan itu memulakan karier penulisan di beberapa majalah dan akhbar Melayu termasuk VariaPop, akhbar Watan, majalah Hai (Utusan Karya) dan terakhir di akhbar Metro.

Selepas menyambung pengajian peringkat peringkat ijazah di UiTM dan Universiti Sains Malaysia (sarjana), arwah sebenarnya dalam proses melengkapkan pengajian Doktor Falsafah (PhD), namun tidak kesampaian.

Selain kerja hakiki sebagai wartawan hiburan, Rudy yang berjinak-jinak dalam dunia penulisan lirik dan skrip drama mencapai kejayaan terbesar apabila lagu Lelaki Teragung dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) pada 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI