fbpx

Budak lelaki dilahirkan tanpa mata alami sindrom facial cleft

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LACEY ingin meningkatkan kesedaran mengenai keadaan Christian yang menghidap facial cleft. - Mercury

NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang ibu di Amerika Syarikat (AS) membidas provokasi di internet yang menyatakan bahawa anaknya yang dilahirkan tanpa mata perlu dilayan seperti haiwan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Christian Buchanan, 11, mempunyai penampilan yang berbeza daripada manusia normal setelah dilahirkan mengalami sindrom facial cleft yang menjejaskan mata, bibir dan hidungnya.

Ibunya, Lacey Buchanan, 35, berkongsi kisah anaknya untuk meningkatkan kesedaran mengenai keadaan di mana tisu muka tidak bercantum dengan baik semasa bayi berada di dalam kandungan.

Menurut Lacey, Christian telah menjalani 12 pembedahan tetapi memilih untuk tidak menjalani pembedahan kosmetik kerana sudah menerima keadaan kulitnya.

“Christian seorang yang buta, jadi dia tidak pernah melihat dirinya. Tentu dia sedar sepenuhnya bahawa dia kelihatan berbeza dengan orang lain seperti yang diberitahu ketika dia masih kecil.

“Saya rasa kita tidak patut bertolak ansur dengan kritikan daripada seseorang di internet atau di khalayak ramai berdasarkan penampilan anak saya,” kata Lancey.

Keadaan Christian dikatakan berpunca daripada sindrom jalur amniotik, yang berlaku apabila lapisan di dalam kantung rahim tersangkut di sekeliling janin yang sedang membesar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI