fbpx

Zarina Anjoulie mengaku bersalah kes dadah, didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA Anjoulie ketika hadir pada sebutan semula kes dadah di Mahkamah Majistret di sini pada 7 Mac lalu. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Selebriti sensasi, Zarina Anjoulie didenda RM4,000 di Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badan, pada Jun tahun lalu.

Zarina Anjoulie atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Salleh.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd. Fazley Ab Rahman.

Pendengaran kes Zarina Anjoulie sepatutnya berlangsung hari ini, namun peguam yang mewakili selebriti itu, Ahmad Faiz Munawar memohon kepada mahkamah untuk diadakan lebih awal iaitu semalam.

Selain didenda RM4,000, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun dan jika gagal membayar denda berkenaan dia berdepan hukuman penjara empat bulan.

Bagaimanapun, Zarina Anjoulie telah membayar denda itu.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Pada 13 September tahun lalu, Kosmo! melaporkan Zarina Anjoulie didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badan, pada 29 Jun 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI