fbpx

THT mula terbayang julang gelaran trebel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THT memerlukan kejayaan merangkul Piala TNB bagi melengkapkan musim ini dengan gelaran trebel.

SELEPAS menjulang Piala Sumbangsih serta muncul juara Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini, Pasukan Hoki Terengganu (THT) memasang impian lebih besar untuk merangkul gelaran trebel.

Skuad kendalian Roslan Jamaluddin itu berpeluang cerah untuk merealisasikan hasrat tersebut apabila bakal membuat perhitungan dengan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada perlawanan akhir Piala TNB esok.

Memandangkan THT sudah pun memenangi dua gelaran musim ini, Roslan menggesa barisan pemainnya untuk bekerja lebih keras sekiranya mahu me­nyapu bersih semua kejuaraan yang dipertandingkan bagi sa­ingan musim 2022.

“Memang sasaran utama kami musim ini adalah untuk memenangi semua pertandingan kerana tahun lepas THT hanya menang satu kejohanan, iaitu Piala TNB. Kedua-dua pasukan ada peluang seimbang untuk jadi juara nanti.

“Tahun ini kita sudah dapat dua piala, jadi sebenarnya sudah capai apa yang kami harapkan. Piala TNB adalah kejohanan ter­akhir musim ini, jadi saya mahu semua pemain berikan yang terbaik,” kata bekas penjaga gol hoki kebangsaan itu.

Sebagai rekod, THT yang merupakan juara bertahan Piala TNB melayakkan diri ke pentas final selepas menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi agregat 2-1 di separuh akhir manakala TNB menang 6-3 secara agregat ke atas Maybank.

Walaupun melangkah ke pentas final, namun Roslan masih belum berpuas hati dengan ketumpulan jentera serangan pasukannya apabila sekadar menang 1-0 ke atas UiTM pada separuh akhir kedua.

“UiTM memang pasukan yang sangat berdisiplin serta bagus dari segi pertahanan hingga sukarkan kami untuk jaringkan gol. Pada masa sama, kami juga gagal untuk memanfaatkan peluang serta pukulan sudut penalti yang diberikan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI