fbpx

Biden minta bajet lebih RM25 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN menjawab soalan selepas mengumumkan bajet beliau di White House, Washington kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Presiden Joe Biden mengumumkan permintaan bajet untuk tahun fiskal 2023 kelmarin dengan meminta hampir AS$6 trilion (RM25.35 trilion)  termasuk apa yang beliau anggap sebagai pelaburan terbesar dalam keselamatan negara sepanjang kewujudan Amerika Syarikat (AS).

Bajet  2023 meminta AS$5.8 trilion (RM24.50 trilion) termasuk sekitar AS$813 bilion (RM3.43 trilion) bagi perbelanjaan keselamatan negara, peningkatan AS$69 bilion (RM291.5 bilion) atau hampir 10 peratus daripada peruntukan yang diterima oleh Jabatan Pertahanan pada 2022.

Menurut Biden, peningkatan peruntukan itu adalah bagi tujuan seperti memerangi ancaman global, memodenkan senjata nuklear AS dan meningkatkan keselamatan siber. Perkembangan itu berlaku ketika perang Rusia-Ukraine berterusan.

“Saya meminta pelaburan antara terbesar dalam sejarah keselamatan negara kita  dengan dana diperlukan bagi memastikan tentera kita kekal paling bersedia, menerima latihan dan kelengkapan terbaik di dunia,” kata Biden dalam satu kenyataan kelmarin

Sebuah kumpulan terdiri daripada 40 wakil rakyat Parti Republikan diketuai oleh Mike Rogers dan Senator Jim Inhofe telah menghantar sepucuk surat meminta peruntukan ketenteraan ditambah 5 peratus. Mereka berkata, penambahan itu perlu berikutan ancaman kepada keselamatan AS melonjak sejak setahun lalu.

Memetik pencerobohan berterusan Rusia ke atas Ukraine dan pemerkasaan tentera Chia, kumpulan wakil rakyat berkenaan mendesak Biden supaya melabur dalam program modenisasi ketenteraan dan menjadikan tentera AS lebih bersiap siaga  termasuk dalam aspek keselamatan siber.

“Sekiranya kita tidak melabur dalam keperluan ketenteraan hari ini, kita tidak akan dapat mempertahankan negara dan sekutu AS  di masa hadapan. Keselamatan dunia bebas bergantung kepada tentera AS yang berkemampuan,” kata mereka dalam surat itu.

Tahun lalu, Biden meminta AS$715 bilion (RM3.02 trilion) untuk perbelanjaan fiskal pada 2022. Jumlah itu adalah kurang daripada yang diminta oleh bekas Presiden AS, Donald Trump dalam tahun 2021 semasa tahun terakhir pentadbiran beliau.

Usul bajet yang diumumkan kelmarin juga menampakkan usaha baharu untuk mengekang pinjaman dan mengurangkan defisit persekutuan.

Pada tahun lalu, Biden cuba meningkatkan defisit  bajet negara sepanjang tempoh hampir 10 tahun kepada hampir AS$1.4 trilion (RM5.91 trilion). Pada tahun ini, beliau menetapkan matlamat untuk mengurangkan defisit sebanyak lebih AS$100 bilion setiap tahun bermula pada 2030.

Bajet Biden juga merangkumi cukai pendapatan minimum bilionair  yang akan mengenakan  cukai 20 peratus kepada isi rumah berpendapatan lebih AS$100 juta (RM422.50 juta) setahun. Cukai tersebut dijangka melibatkan kelompok 700 individu paling kaya di AS.

Pada masa yang sama, Biden mengusul untuk menaikkan kadar cukai korporat iaitu cukai yang dibayar bagi keuntungan syarikat kepada 28 peratus.

“Syarikat-syarikat korporat mendapat pengurangan cukai yang besar dalam tahun 2017. Walaupun keuntungan mereka melonjak, pelaburan dalam ekonomi negara adalah sebaliknya,” kata Biden. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI