fbpx

Terlalu awal untuk umum bertanding di mana – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRY Jamaluddin ketika melawat tapak pembinaan bangunan tambahan di Hospital Port Dickson, Port Dickson hari ini.-MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, masih terlalu awal untuknya memaklumkan di mana beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

“Oh awal lagi, awal sangat nak cakap bertanding di mana,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan melawat tapak pembinaan bangunan tambahan di Hospital Port Dickson di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan bahawa Timbalan Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkemungkinan akan bertanding di kerusi Parlimen Rembau pada PRU-15.

Keadaan itu menimbulkan persoalan di manakah Khairy Jamaluddin yang merupakan penyandang kerusi tersebut akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Antara beberapa kawasan yang disebut-sebut oleh bakal ditandingi beliau termasuklah Parlimen Tampin dan Port Dickson. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI