fbpx

Turki beri amaran objek seperti periuk api di Laut Hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR hiasan. Sebuah objek seakan periuk api ditemui terapung di utara Istanbul berhampiran Laut Hitam. - AFP

ANKARA – Pihak berkuasa Turki memberi amaran kepada kapal-kapal supaya berwaspada selepas sebuah objek seakan periuk api ditemui terapung di utara Istanbul berhampiran Laut Hitam, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Objek tersebut ditemui oleh sepasukan penyelam, beberapa hari selepas Rusia memberi amaran bahawa sejumlah periuk api telah hanyut dari Pelabuhan Ukraine.

Kementerian Pertahanan Tukri menerusi satu kenyataan di laman Twitter berkata bahawa pasukan itu telah ‘meneutralkan’ objek tersebut.

Nelayan-nelayan pertama kali melihat objek menyerupai periuk api itu berhampiran sebuah kawasan limbungan di Selat Bosphorus dalam laluan Laut Hitam dan melaporkannya kepada pasukan Pengawal Pantai, kata Direktorat Jeneral Keselamatan Pantai.

Jurucakap direktorat berkenaan mengesahkan laporan dalam akhbar Milliyet bahawa pihak berkuasa mengeluarkan notis radio kepada bot-bot mengenai objek itu yang dilaporkan berbentuk seperti ‘bola dengan bonjolan seperti tanduk’ dan berkemungkinan adalah periuk api.

Turki berkongsi sempadan Laut Hitam dengan Rusia dan Ukraine. 

Agensi perisikan utama Rusia berkata pada Isnin lalu bahawa sejumlah periuk api telah hanyut ke tengah Laut Hitam selepas terputus dari kabel berhampiran sebuah pelabuhan di Ukraine.

Kiev bagaimanapun menolak dakwaan tersebut sebagai maklumat yang salah dan menganggap Rusia cuba menutup bahagian laut itu.

Laut Hitam adalah laluan perkapalan utama untuk penghantaran bijirin, minyak dan produk berasaskan minyak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI