fbpx
AVRAM (kiri) dan Joel Glazer dianggap peminat sebagai pemilik paling teruk biarpun United meraih pelbagai kejayaan dalam tempoh 17 tahun penguasaan mereka. – AFP

Peminat Man. United benci keluarga Glazer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemilik Manchester United mendapat undian paling rendah dalam kaji selidik mengenai kepuasan hati para peminat bola sepak terhadap pihak pe­ngurus kelab masing-masing.

Tinjauan yang dibuat terhadap 100,000 responden mendapati, keluarga Glazer yang memiliki pegangan penuh terhadap United hanya berjaya meraih 4 peratus undi sahaja.

Jumlah tersebut menyaksikan mereka mendapat keputusan lebih teruk berbanding bekas pemilik Newcastle United, Mike Ashley yang meraih 10.8 peratus selepas beliau dikenali sebagai seorang yang sangat kedekut.

Hasil tinjauan berkenaan nya­ta mengejutkan terutama apabila para responden mengakui tidak gemar dengan beberapa perkara termasuk polisi Glazer yang mengaut sebahagian besar keuntungan yang dijana oleh kelab, kegagalan untuk merekrut pengurus dan pemain baharu.

Sepanjang 17 tahun penguasaan Glazer ke atas kelab itu, United berjaya meraih trofi Liga Juara-Juara, lima gelaran Liga Perdana Inggeris, trofi Liga Europa dan Piala FA selain empat kali merangkul kejuaraan Piala Liga Inggeris.

Selepas Glazer dan Ashley dianggap sebagai pemilik paling dibenci, Farhad Moshiri yang memiliki kelab Everton berada di kedudukan ketiga selepas hanya meraih 14 peratus undian sahaja.

Dalam kajian yang dibuat itu, pemilik Brentford, Matthew Benham mendapat undian tertinggi apabila meraih 98.8 peratus dan dianggap antara yang disenangi dan disayangi oleh para peminat.

Ketua Pegawai Eksekutif Brentford, Jon Varney mengakui bahawa Benham adalah seorang pemilik kelab yang boleh dijadikan contoh terbaik.
“Beliau sangat komited, peminat setia Brentford sejak kecil dan sentiasa bijak dalam tindakan,” jelasnya. – AGENSI

POPULAR