fbpx

DSA, NATSEC 2022 acara pertahanan, keselamatan terbesar rantau ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin (dua kiri) bersama Hamzah (dua kanan) ketika merasmikan Pameran DSA dan NATSEC Asia 2022 di MITEC, hari ini. /FOTO AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Simbolik Majlis Pelancaran Pembukaan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

DSA dan NATSEC 2022 bermula secara rasminya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) pada hari ini sehingga 31 Mac 2022 depan dan akan berlangsung mengikut protokol kesihatan yang telah ditetapkan.

Bertemakan ‘Ke Arah Era Baharu Pertahanan Dan Keselamatan’, DSA 2022 ke-17 dan NATSEC Asia 2022 ke-2 bakal diadakan secara serentak dan dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Acara mega ini adalah antara acara pertahanan dan keselamatan yang terbaik dan terbesar di rantau ASEAN, dan juga di dunia.

DSA dan NATSEC 2022 akan melibatkan penyertaan lebih 25,000 pelawat lebih 50 buah negara dan wilayah termasuk 4,800 pelawat antarabangsa, membabitkan pakar industri pertahanan/keselamatan, pempamer, delegasi kenamaan, kakitangan kerajaan, peneraju industri serta wakil media dalam dan luar negara.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI