fbpx

CODA Filem Terbaik Academy Awards 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CODA dinobatkan sebagai Filem Terbaik Academy Awards yang memasuki edisi ke-94 melabuhkan tirai sebentar tadi di Amerika Syarikat.

FILEM CODA diangkat sebagai Filem Terbaik Academy Awards 2022 meskipun acara penganugerahan perfileman paling berprestij di duna tersebut didominasi filem sains fiksyen, Dune dengan enam kemenangan.

CODA atau child of deaf adults yang merupakan arahan sutradara, Sian Heder turut membawa pulang dua trofi lain iaitu Adaptasi Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Dune arahan Denis Villeneuve menyerlah dengan membolot kebanyakan kategori teknikal termasuk Kesan Visual, Sinematografi, Suntingan, Skor, Bunyi dan Rekaan Produksi Terbaik.

Sementara itu, seperti diramal ramai, bagi kategori Pengarah Terbaik dimenangi Jane Campion menerusi filem terbitan Netflix, The Power of the Dog.

Bagi kategori lakonan utama, Will Smith yang mencetuskan sensasi apabila menampar pelawak Chris Rock di atas pentas ketika acara bersiaran langsung dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi persembahan lakonan memukau filem King Richard dan Jessica Castain membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik (The Eyes of Tammy Faye).

Bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, pelakon filem muzikal West Side Story, Ariana DeBose menepati ramalan ramai dengan memenangi kategori berkenaan.

Filem Jepun, Drive My Car yang turut menerima pencalonan Filem Terbaik membawa pulang trofi Filem Cereka Antarabangsa Terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI