fbpx

Bekas pengurus GLC pengangkutan bakal didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus syarikat pengangkutan berkaitan kerajaan (GLC) bakal didakwa salah guna kuasa membantu syarikat isterinya bagi pelantikan sub kontraktor di Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok.

Suspek lelaki berusia 30an itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Selangor kira-kira jam 2 petang tadi.

Menurut sumber, suspek dipercayai menggunakan jawatannya bagi menyokong sebuah syarikat milik isterinya untuk dilantik melakukan kerja-kerja mengangkut bahan mentah komoditi.

Katanya, ini membabitkan nilai kerja keseluruhan kira-kira RM80,000.

“Perbuatan suspek dipercayai dilakukan pada Ogos 2019.

“Suspek kini bertugas sebagai pengurus di syarikat milik isterinya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Jelas beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 8.30 pagi esok untuk tujuan pertuduhan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI