fbpx

Pesara Senoi Praaq jadi mata, telinga polis di kampung Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (kiri) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada bekas anggota Senoi Praaq Orang Asli di Dewan Tanjung, IPD Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Bekas anggota polis terutamanya Pasukan Senoi Praaq atau Pasukan Gerakan Am (PGA) Orang Asli yang sudah bersara diharapkan terus menjadi mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di kawasan setempat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, maklumat yang disalurkan memudahkan pihaknya mengambil tindakan segera.

Katanya, terdapat lebih 100 bekas anggota polis terdapat di Gua Musang dan sebahagian besarnya adalah anggota Senoi Praaq yang tinggal di kawasan pos pedalaman Orang Asli.

“Bekas anggota kita mempunyai banyak pengalaman dan sudah tentu mengetahui tindakan yang perlu diambil selain menjadi mata dan telinga pihak polis.

“Jadi, kita berharap pegawai atau anggota polis di daerah ini yang sudah bersara boleh terus bekerjasama untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di kawasan masing-masing,” katanya selepas menghadiri program bersama pesara polis di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang hari ini.

Selain menyantuni warga pesara, Choon Foo turut menyampaikan bantuan bakul makanan keperluan asas kepada bekas pesara.

Choon Foo memberitahu, terdapat lebih 50 orang bekas anggota Senoi Praaq yang bertugas di luar negeri ini kini tinggal di pos pedalaman selepas bersara dalam perkhidmatan.

Sementara itu, seorang bekas anggota Senoi Praaq Orang Asli, Ali Latif, 70, berkata, mereka masih menjadi sumber dan penyalur maklumat kepada pihak berkuasa berkenaan isu keselamatan serta sosial di kampung pedalaman.

Katanya, meskipun telah bersara, mereka masih membantu pasukan keselamatan yang masih bertugas sekiranya terdapat gejala yang kurang sihat berlaku di kampung halaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI