fbpx

Helo polis! Saya hanya dapat empat ketul ayam KFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita menelefon polis selepas KFC tersilap menyediakan pesanannya yang mahukan lapan ketul ayam menjadi empat ketul sahaja. - Getty Images

COLUMBUS, Ohio – Seorang wanita di Ohio, Amerika Syarikat bertindak menghubungi polis semata-mata tidak berpuas hati kerana pesanannya di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) tidak disediakan dengan betul, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin.

Menurut polis, wanita itu naik berang kerana pihak restoran hanya memberikannya empat ketul ayam berbanding lapan seperti yang dipesannya secara pandu lalu.

Dia memutuskan untuk menghubungi talian kecemasan 911 bagi mengadu hal tersebut dan bukannya pergi semula ke restoran KFC terbabit untuk membetulkan kesilapan pesanannya.

“Saya memesan lapan ketul ayam dan mereka hanya berikan saya empat ketul.

“Saya cuma mahukan ayam saya,” kata wanita itu.

Operator polis cuba menerangkan bahawa isu itu perlu diselesaikan dengan pengurusan restoran, namun wanita tersebut bertegas agar pasukan polis dihantar ke lokasi kejadian.

Dia hanya menyedari kesilapannya yang terlalu emosi apabila Jabatan Polis Ohio memuat naik laporan dan maklumat dirinya di media sosial.

“Tolong jangan buang masa pihak berkuasa dengan menghubungi talian 911 untuk hal yang remeh dan aneh seperti ini,” demikian menurut kenyataan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI