fbpx

Lelaki disaran sertai Skuad Waja hentikan keganasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zailah semasa merasmikan Program Semarak Skuad Waja Negeri Kelantan 2022 di sebuah pasar raya di Kota Bharu hari ini. /FOTO YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Golongan lelaki disaran untuk bersama-sama menyertai Skuad Wanita Anti Jenayah (Skuad Waja) dalam usaha membantu meningkatkan kesedaran bagi menghentikan keganasan terhadap wanita.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, penubuhan skuad itu tidak terhad kepada wanita semata-mata, sebaliknya lelaki turut disaran menyertainya.

Menurutnya, penglibatan golongan lelaki perlu dilihat dari sudut positif ke arah memperkasakan Skuad Waja pada masa hadapan.

“Oleh itu, saya menyarankan semua pihak untuk menjayakan misi Skuad Waja ini. Kita menyasarkan seramai sejuta untuk menyertainya dan lebih 100,000 sudah mendaftar setakat ini,” katanya selepas merasmikan Program Semarak Skuad Waja Negeri Kelantan 2022 di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Siti Zailah memberitahu, penglibatan lelaki merupakan gambaran isu menangani keganasan terhadap wanita yang mana ia merupakan isu bersama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI