fbpx

Jujur pada diri sendiri, orang lain – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran MyCHAMPION di Movenpick Hotel and Convention Centre, KLIA, Sepang di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Tindakan menipu keputusan kit saringan pantas (RTK) antigen bagi mendapatkan ‘cuti percuma’ dilihat sebagai satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar  mendedahkan mengenai tindakan segelintir pekerja yang sanggup menipu ujian kendiri Covid-19 semata-mata mahu ponteng kerja.

Khairy berkata, tindakan itu boleh membantutkan matlamat kerajaan untuk beralih kepada fasa peralihan kepada endemik bermula 1 April ini.

Beliau berkata, apabila negara memasuki fasa peralihan kelak, semua rakyat akan banyak bergantung kepada solidariti komuniti dan tanggungjawab individu.

“Ini memerlukan kepercayaan semua pihak, takkan semua benda kerajaan kena periksa dan kuat kuasa, denda atau kompaun.

“Mungkin jika nasib tidak baik, majikan mahu mereka lakukan ujian secara profesional dan di situ mereka akan ‘kantoi’.

“Jangan pula sampai kita (Kementerian Kesihatan) ambil tindakan kerana salah lapor (menipu) dalam MySejahtera,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan MyChampion peringkat kebangsaan, di sini hari ini.

Justeru, beliau merayu kepada rakyat Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dan jujur kepada diri sendiri dan orang lain dalam membuat ujian kendiri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI