fbpx

Suami terkorban selamatkan isteri daripada kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang sempat dirakam saksi ketika kejadian yang menunjukkan Chaochan memaut lengan isterinya yang tergantung di luar balkoni. - Mothership

BEIJING – Pengorbanan seorang suami yang cuba melindungi isterinya ketika terperangkap dalam satu kebakaran meruntun hati apabila lelaki itu akhirnya meninggal dunia, lapor laman berita  Mothership hari ini.

Insiden  di Nanjing dalam wilayah Jiangsu, China itu menyaksikan si suami nekad memegang lengan isteri yang tergantung di luar balkoni rumah mereka di tingkat tiga blok kediaman sambil menahan bahang kebakaran yang menyambar dari dalam.

Wanita itu tidak dapat keluar dari bilik tidur apabila kebakaran berlaku dan dan cuba memanjat turun dari balkoni.

Suaminya yang menyedari kejadian itu terus memaut lengan isterinya ketika wanita itu tergantung di luar balkoni, kata seorang saksi.

Mangsa, Chen Chaochan dan isterinya, Wang Xueyu berjaya dibawa turun oleh anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas itu.

Bagaimanapaun, lelaki itu yang mengalami kesan lecur sehingga 98 peratus, meninggal dunia selepas sembilan hari dirawat di hospital.

Isterinya mengalami kesan lecur sebanyak 96 peratus, namun berjaya diselamatkan menerusi pembedahan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Keluarga Xueyu masih belum memaklumkan kepada wanita itu mengenai kematian suaminya dan mahu menunggu sehingga keadaannya lebih baik.

Menurut saksi, pasangan ini telah berkahwin lebih sedekad dan mempunyai tiga anak yang dibesarkan di kampung oleh ibu bapa Chaochan.

Mereka menyewa bilik di flat tersebut namun hanya kediaman pasangan itu yang terbakar dalam nahas tersebut.

Keluarga mangsa berjaya mengumpul AS$157,000 (RM662,147) melalui platform dana khalayak atau crowdfunding, Shuidichou untuk membantu menampung bil perubatan mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI