fbpx
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menziarahi pasangan kembar siam pramatang di Hospital Tunku Azizah hari ini.

Raja Permaisuri Agong berkenan ziarah pasangan kembar siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menziarahi pasangan kembar siam pramatang yang telah berjaya dipisahkan pasukan Hospital Tunku Azizah(HTA) di sini hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Pengarah Hospital HTA, Dr. Shamsul Anuar Kamarudin, Timbalan Pengarah HTA, Dr. Marina Abdullah Sani dan Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr. Zakaria Zahari.

“Pada lawatan tersebut, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa melawat bayi ‘Biliary atresia’ yang baru menjalani pembedahan pemindahan hati yang diterima daripada ayahnya.

“Seri Paduka Baginda mendoakan agar semua bayi tersebut berada dalam keadaan yang baik dan segera pulih serta dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR