fbpx

Penyanyi nasyid diberkas, jumpa pokok ganja dalam kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seorang penyanyi nasyid era pertengahan 90-an diberkas selepas disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara, dekat sini petang semalam.

Penyanyi berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Petaling Jaya menyerbu unit kediaman tersebut kira-kira pukul 4 petang.

Difahamkan ketika serbuan, pihak polis dipercayai turut menemui sejumlah pokok ganja ditanam dalam unit kondominium berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut.

“Saya sahkan suspek ditahan dan saya akan membuat sidang akhbar petang ini mengenai perincian lanjut penahanan lelaki itu,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI