fbpx

Impian besar Kane julang England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kanan) berada pada prestasi terbaik ketika ini untuk terus menambah jumlah jaringan bersama England selepas menyamai rekod Lineker. – AFP

LONDON – Selepas dihimpit kecewa pada pentas Euro 2020, penyerang England, Harry Kane kini mula memberikan fokus untuk memburu kejuaraan antarabangsa pertama buat The Three Lions pada Piala Dunia 2022 di Qatar November depan.

Ketika ini, satu-satunya kejayaan England di peringkat antarabangsa adalah ketika memenangi Piala Dunia 1966, namun selepas muncul naib juara Euro 2020, skuad kendalian Gareth Southgate kini nyata berada pada prestasi terbaik termasuk layak ke separuh akhir edisi 2018.

Malah, sepanjang pusingan kelayakan sebelum ini, England menjadi pasukan yang memiliki kualiti apabila mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir de­ngan rekod tanpa kalah sepanjang 10 perlawanan Kumpulan I.

“Selepas Piala Dunia 2018 hingga sekarang, kami mempamerkan peningkatan daripada segi pasukan ini dan juga hubungan dengan penyokong. Sudah pasti ada harapan yang diberikan kepada kami.

“Jelas sekali perlawanan akhir (Euro 2020) pada musim panas lalu begitu menyakitkan. Sudah pasti kekecewaan itu masih dirasai dan ia juga menjadikan kami terus dahagakan kejayaan serta cuba memenangi kejohanan besar.

“Kami sedang berusaha ke arah itu dan kami dapat rasakan yang pasukan ini bertambah baik setiap tahun. Kami harap ia menjadi langkah besar untuk menjadikan pasukan ini yang terbaik dalam sejarah bola sepak England,” katanya.

Ketika ini, England sedang bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Switzerland, awal pagi Ahad ini dan Ivory Coast (Rabu).

Kane juga berada dalam pres­tasi terbaik apabila meledak tujuh gol dalam dua perlawanan terakhir pusingan kelayakan menentang Albania dan San Marino sekaligus kini mengumpul 48 gol secara keseluruhan untuk me­nyamai jumlah dihasilkan Gary Lineker. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI