fbpx

Pembukaan sempadan Malaysia-Singapura tanpa kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pengembara Malaysia dan Singapura yang telah lengkap menerima suntikan vaksinasi akan dibenarkan untuk merentasi sempadan darat kedua-dua negara tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 1 April ini.

Mereka juga tidak perlu lagi melaksanakan ujian Covid-19 termasuk ujian sewaktu pra-pelepasan dan semasa ketibaan yang terpakai ke atas semua kategori pengembara dan jenis pengangkutan darat.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembukaan sempadan kepada pengembara antarabangsa itu akan melakar satu lagi kejayaan penting dalam memudahcara perjalanan rentas sempadan dengan jiran terdekat, Singapura.

“Pengumuman hari ini mencerminkan hubungan baik, kerjasama pelbagai aspek dan hubungan kukuh antara rakyat kedua-dua buah negara.

“Ia pastinya akan menyumbang kepada usaha-usaha pemulihan dengan impak positif ke atas ekonomi dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya menerusi satu kenyataan bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini.

Dalam pada itu, Hsien Loong berkata, Singapura dan Malaysia menikmati hubungan yang mendalam dan mesra dalam pelbagai aspek, serta hubungan antara rakyat yang kukuh.

“Pengumuman hari ini merupakan peristiwa penting dalam peralihan kita ke arah kehidupan dengan Covid-19 yang mencerminkan kerjasama kukuh dinikmati kedua-dua pihak sepanjang pandemik ini dan akan membantu kedua-dua negara muncul lebih kuat daripada krisis ini,”ujar beliau.

Terdahulu, kedua-dua Perdana Menteri telah bercakap menerusi panggilan telefon pada 24 Mac lalu dan mengakui bahawa Malaysia dan Singapura telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan khususnya dalam pelaksanaan program vaksinasi dan pengurusan pandemik Covid-19 bagi penduduk negara masing-masing.

Kedua rakan sejawat itu turut mengambil maklum atas kemajuan yang telah dicapai dalam meneruskan perjalanan rentas sempadan melalui Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (Udara) dan (Darat).

Sehubungan itu, kedua-dua pemimpin berkenaan telah bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk membuka sempadan darat kedua-dua negara bagi pengembara yang telah lengkap menerima suntikan vaksinasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI