fbpx

WCB tawar produk, perkhidmatan kompetitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norli Alias ketika berucap di Majlis Pelancaran Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB) di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB) menawarkan produk dan perkhidmatan secara kompetitif, selain penubuhan khas untuk kaum wanita di negara ini.

Pengerusi WCB, Datin Norli Alias berkata, sejajar dengan pelan perniagaan strategik koperasi, WCB telah menetapkan hala tujunya untuk berkembang ke arah sektor pembiayaan yang berpotensi tinggi dengan lima penyediaan utama.

“Ia temasuklah mikro kredit, Ar-Rahnita, jual beli emas, perkhidmatan pembekal serta aktiviti usahawan tempatan dan antarabangsa.

“Penubuhan WCB telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan akan dididik, dibimbing, dipantau serta diajar sehingga berjaya oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) bersama SKM,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran WCB di sini hari ini.

Tambah Norli, terdapat enam Ahli Lembaga Koperasi yang akan bersama-sama memperjuangkan kemampanan perniagaan untuk kaum wanita dan mempromosikan koperasi sebagai gaya hidup serta bertindak menjadi pemangkin ekonomi wanita Malaysia.

“Melalui kerjasama serta aktiviti utama WCB, kami percaya dapat melengkapkan jurang seluruh ekosistem pembangunan keusahawanan berjaya di negara khususnya untuk wanita.

“WCB akan melahirkan perniagaan dan produk usahawan yang lebih efektif untuk kegunaan industri dalam dan luar negara serta lebih ramai usahawan wanita yang mempunyai disiplin, kreatif serta inovatif dalam dilahirkan di negara kita ini,” ujarnya.

Majlis pelancaran hari ini turut disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI