fbpx

Udara tercemar berisiko undang penyakit berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RISIKO mendapat penyakit tertentu seperti autoimun yang menyebabkan sendi bengkak tinggi bagi mereka terdedah kepada pencemaran udara. – GAMBAR HIASAN

PENDEDAHAN jangka panjang kepada pencemaran udara boleh meningkatkan risiko penyakit autoimun kepada manusia.

Autoimun terjadi akibat sistem kekebalan atau sistem imun badan menyerang sel-sel sihat yang disalah anggap sebagai zat asing.

Penyelidik di Universiti Verona, Itali yang menjalankan kajian mendapati, seseorang terdedah kepada tahap pencemaran udara tinggi untuk jangka panjang boleh berisiko mendapat rheumatoid arthritis.

Ia adalah salah satu penyakit autoimmun yang menyebabkan sendi-sendi menjadi bengkak, sakit dan kaku.

Selain itu, mereka turut berisiko mendapat penyakit radang usus seperti crohn dan kolitis ulseratif.

Kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal RMD (Rheumatic and Musculoskeletal Diseases) Open, mengambil maklumat perubatan yang komprehensif daripada 81,363 lelaki dan wanita di Itali yang mengalami masalah risiko patah tulang antara 2016 hingga 2020.

Daripada jumlah itu, hampir 12 peratus didiagnosis dengan penyakit autoimun dalam tempoh itu.

Setiap pesakit dihubungkan dengan stesen pemantauan kualiti udara terdekat.

Kajian itu menganalisis purata pendedahan jangka panjang kepada bahan zarah halus yang dihasilkan oleh sumber seperti kenderaan dan stesen janakuasa.

Hasil kajian mendapati, secara keseluruhannya, pendedahan jangka panjang kepada zarah di atas paras tertentu berhadapan dengan risiko sehingga 13 peratus lebih tinggi untuk berhadapan dengan masalah autoimun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI