WARTAWAN Kosmo!, Mohd. Yunus Yaakub (kanan) menemu bual Andrew berkenaan perubahan hidupnya sebagai seorang gay baru-baru ini.

‘Kami terseksa jadi gay’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bergelumang dengan aktiviti seks songsang sejak berpuluh tahun lamanya memberi kesan jangka panjang kepada golongan gay untuk kembali melalui kehidupan normal seperti insan lain.

Mengakui hubungan sejenis memberi keseronokan dan kemewahan, rata-rata daripada golongan ini bagaimanapun sedar bahawa ketagihan itu sukar dibendung sehingga memudaratkan kesihatan.

Mendedahkan perkara itu, seorang bekas gay dikenali Andrew, 30, memberitahu, minatnya ter­hadap lelaki bermula sejak usia 14 tahun apabila dia menjadi ghairah melihat kaum sejenis berbanding wanita cantik.

“Saya tak kisah digelar sebagai pelacur lelaki atau ‘money boy’ kerana ia adalah kehendak sendiri. Aset kumpulan gay yang paling penting adalah mempunyai bentuk punggung yang pejal selain badan yang sasa.

“Lagipun, gay ini biasanya daripada golongan elit dan mempunyai kerjaya seperti doktor, jurutera dan peguam,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, nikmat kehidupan songsang itu sebenarnya tidak seindah yang sangka selain dipenuhi dengan pelbagai dugaan terutama melibatkan keluarga dan masyarakat.

Lebih teruk katanya, keinginannya untuk berubah dan kembali kepada fitrah seolah-olah dipandang sinis.

“Saya biasanya menawarkan seks kepada golongan ekspatriat terutama dari Jepun, Eropah dan Rusia dengan harga mencecah RM600 semalam.

“Memang mewah, tetapi hidup saya tertekan dan sangat tidak tenang. Ketika itu, wang ringgit bukan lagi jadi ukuran,” katanya.

Bagaimanapun, Andrew memaklumkan dia mulai insaf dan sedar mengenai kesilapannya sebaik dia disahkan menghidap HIV pada 2014 sebelum memeluk Islam pada tahun 2018.

“Saya pernah ingin membunuh diri dengan terjun ke Sungai Klang. Namun, saya sempat sedar selepas beberapa kali mendengar ayat-ayat suci al-Quran selain melihat seorang rakan yang meninggal dunia.

“Sejak dari itu saya membuat kertas kerja bersama rakan untuk menubuhkan Pertubuhan Insan Permata Disayangi (Pintas) pada 2018 bagi membantu golo­ngan gay,” katanya.

Bagi rakannya, Zack yang berusia 40-an, dia menyifatkan ketagihan nafsu cinta sejenis adalah lebih kuat daripada menagih dadah kerana melibatkan pandangan dan sentuhan yang berlaku setiap hari.

“Jujur cakap bukan mudah untuk membuang sifat itu kera­na tarikannya amat kuat. Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk membuangnya walaupun cuba menutupnya apabila berkahwin pada umur 35 tahun dan mempunyai anak lelaki.

“Isteri saya mengetahui tentang perkara itu dan dia banyak membantu. Pintas ini adalah saluran saya membawa rakan lain untuk bertaubat,” katanya.

Lelaki itu memaklumkan, dia terlibat dalam dunia gay secara serius selama 10 tahun sejak berusia 20 tahun dan mempunyai lebih 20 pasangan yang berusia 30 hingga 40 tahun.

“Kelab malam gay menjadi sasaran bertemu ‘kekasih’ dan sehingga kini masih terdapat kira-kira 10 pusat hiburan untuk golongan itu di ibu kota. Mereka kini lebih beroperasi di rumah urut atau spa dengan menawarkan mandian buih.

“Kehidupan dalam gay ini amat penat, sia-sia dan tidak akan berakhir sehingga saya dijangkiti HIV pada 2017. Memang diakui, ramai yang ingin insaf, namun tiada platform dan beranggapan jika pergi ke mana-mana majlis atau jabatan agama, kami akan ‘dilaknat’, ditangkap dan dicemuh,” katanya.

Jelas Zack, pelbagai program disusun dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menyantuni golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dan setakat ini terdapat 11 individu di rumah perlindungan Pintas yang berusia 20 hingga 30 tahun.

“Kami bersyukur sebab MAIS memberikan ruang kepada kami untuk berhijrah dan membantu walaupun ada rakan-rakan lama menghina kerana tidak menyokong perjuangan liberal dalam perkahwinan sejenis ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN