fbpx

Pengusaha bas mahu kerajaan anjur dialog sempena pembukaan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
R. Thiagarajan (dua kanan) mengadakan sidang akhbar berhubung permasalahan dihadapi pemandu bas di The Ledang Club, Iskandar Puteri, hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan diminta untuk mengadakan dialog dengan pemain industri khususnya penyedia perkhidmatan bas persiaran sempena pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia bermula 1 April ini.

Pengerusi Sekretariat Gabungan Bas Malaysia (SGBM), R. Thiagarajan berkata, hal itu kerana pihak penguasa bas tidak mendapat maklumat lengkap berhubung pembukaan sempadan dan perkara itu dibimbangi akan menimbulkan kesulitan kelak.

Katanya, persatuan itu mewakili ribuan pengusaha bas tempatan dan mereka mahu memastikan semua pihak mendapat maklumat sempurna khususnya berkaitan prosedur operasi standard (SOP) diperlukan.

“Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan perlu mengadakan satu sesi libat urus berkaitan pengoperasian perkhidmatan bas sempena pembukaan sempadan, seperti yang telah dibuat oleh Kementerian Pelancongan sebelum ini.

“Sehingga kini perinciannya masih belum dimaklumkan, sepatutnya dalam tempoh kurang seminggu ini kita sudah boleh lakukan persediaan sewajarnya agar kita tidak kelam kabut selepas sempadan antarabangsa dibuka kelak,” katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan berhubung keputusan kerajaan untuk membuka pintu sempadan antarabangsa pada 1 April ini di The Ledang Club, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI