fbpx

Pekerja taman perlindungan cedera diserang harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja lelaki yang tidak dibenarkan berada berhampiran haiwan itu bertindak memasuki kandang. - Wooten's Everglades

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang pekerja sebuah taman perlindungan di negeri Florida, Amerika Syarikat, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat diserang seekor harimau, lapor akhbar The Sun semalam.

Menurut Pejabat Sherif Daerah Collier (CCSO), harimau itu menyerang pekerja yang tidak dibenarkan sama sekali menghampiri haiwan itu di Wooten’s Airboats, Taman Negara Everglades.

“Timbalan di CCSO telah bertindak balas terhadap satu kejadian serangan harimau di Wooten’s Airboats yang terletak di 32300 Tamiami Trail East, kawasan Ochopee di Everglades. Ia berlaku kira-kira 30 hingga 45 minit lalu.

“Maklumat awal menunjukkan seekor harimau di dalam kandang di lokasi berkenaan sedang diberi makan oleh penjaganya apabila seorang pekerja lelaki berusia 50 tahun yang tidak dibenarkan mendekati haiwan itu telah memasuki kandang,” kata CCSO dalam satu kenyataan.

Jelas kenyataan itu, harimau tersebut menyerang lelaki berkenaan dan menyebabkan kedua-dua belah tangannya cedera. Mangsa dihantar ke hospital oleh Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS).

Haiwan itu kemudian dapat dikawal dengan selamat oleh penjaganya dan ia tidak mengalami sebarang kecederaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI