fbpx

Kait stokin sambil bersenam kayuh basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan mesin pengait stokin ‘Chrix’ yang dibina oleh kilang Souki Socks di Jepun. – YouTube

TOKYO – Sebuah kilang stokin di wilayah Nara, Jepun iaitu Souki Socks mencipta mesin yang membolehkan orang ramai mengait stokin mereka sendiri dengan hanya mengayuh basikal pegun, lapor laman Oddity Central semalam.

Alat itu dibina menggabungkan mesin pengait stokin dengan sebuah basikal untuk membolehkan stokin-stokin dikait dengan hanya menggunakan kayuhan.

Ia dinamakan ‘Charix’ dan sangat terkenal sejak dirasmikan pada 2017.

Mesin pengait stokin terkenal di Jepun dalam tahun 1990-an, namun setelah kurang mendapat sambutan, kilang-kilang berhenti mengeluarkan mesin itu. 

Bagaimanapun, Souki Socks berjaya memberi nafas baharu pada mesin itu dengan memasangkannya pada basikal pegun dan membenarkan pelawat kilang untuk mengait stokin mereka sendiri.

Sebelum mengayuh, pelawat dibenarkan memilih saiz stokin serta warna benang yang ingin digunakan. Kakitangan akan menyambungkan benang-benang ke mesin sebelum pelawat dibenarkan mengayuh.

Sepasang stokin akan siap dikait kira-kira selama 10 minit. Selepas pelawat mengayuh, kakitangan akan menjahit jari kaki stokin dan mengemaskan jahitan supaya boleh dibawa pulang.

Souki Socks terpaksa melancarkan pilihan baharu disebabkan permintaan stokin kayuhan basikal meningkat. Pandemik Covid-19 telah mengehadkan kedatangan pelawat ke kilang itu.

Justeru, kilang itu mewujudkan laman web Charix Online bagi membolehkan pelanggan mendapatkan stokin idaman mereka. Pelanggan dibenarkan memilih saiz stokin dan tiga benang berlainan daripada 36 warna. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI