fbpx

Datang majlis kahwin dapat minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan situasi sebuah majlis perkahwinan yang memberikan hadiah minyak masak kepada pemenang acara kuiz. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario sebuah majlis perkahwinan yang memberikan minyak masak sebagai hadiah kepada tetamu yang memenangi acara kuiz, lapor laman berita Suara.com.  

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram milik @mydreamorganizer.

“Ke majlis perkahwinan dapat makan (tidak), ke majlis perkahwinan dapat minyak masak (ya),’’ demikian keterangan klip video tersebut.

Hadiah minyak masak berkenaan diberikan kepada pemenang yang berjaya menjawab soalan-soalan kuiz yang ditanyakan oleh pengacara majlis. 

Pengacara majlis yang berpakaian serba hitam dilihat mengendalikan acara ketika ahli-ahli jawatankuasa lain mendapatkan maklumat dan jawapan daripada tetamu yang hadir.

Di penghujung klip video, beberapa pemenang yang menyertai aktiviti itu masing-masing diberikan minyak masak.

Muat naik itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Wah minyak masak untuk doorprize majlis perkahwinan, memang di luar kotak,’’ tulis seorang netizen.

“Tidak hairan bekalan kurang, rupanya dibeli untuk majlis,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI