fbpx

Satelit sumbangan Elon Musk bantu lemahkan serangan Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta kebal Rusia dimusnahkan oleh tentera Ukraine menggunakan sistem dron yang dibantu oleh satelit Starlink. - Daily Mail

KIEV – Satelit Starlink yang disumbangkan bilionair, Elon Musk telah memberi kelebihan kepada tentera Ukraine dalam peperangan menerusi teknologi dron yang mampu mengesan pergerakan pasukan Rusia, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Aerorozvidka (Peninjauan Udara) digunakan untuk menyerang dron Rusia, menyasarkan tentera kereta kebal dan menjejaki kedudukan askar Kremlin.

Dron itu digunakan di lapangan menggunakan Starlink untuk kekal berhubung dan memberikan risikan ketika gangguan bekalan elektrik atau internet melanda Ukraine.

Hasil bantuan teknologi itu, dron milik Ukraine kini boleh diarahkan untuk menjatuhkan peluru anti-kereta kebal untuk membantu menangkis serangan Rusia.

Kejayaan pelaksanaan satelit Musk setakat ini membuktikan sokongan beliau ke atas Ukraine dan memenuhi janjinya kepada Presiden Volodymyr Zelenskyy untuk menghantar lebih banyak satelit Starlink.

Satelit tersebut akan diedarkan ke beberapa bandar yang terjejas di Ukraine bagi memulihkan semula jaringan internet.

Sementara itu, Zelenskyy dalam ciapan Twitter mengucapkan terima kasih atas sokongan Musk dan menjemput mogul teknologi itu ke Ukraine untuk sesi pertemuan sebaik sahaja perang berakhir.

“Saya baru selesai berbincang dengan Elon Musk. Saya serta rakyat Ukraine berterima kasih kepada beliau atas sekongan yang dibuktikan dengan tindakan dan bukan sekadar kata-kata kosong sahaja.

“Minggu depan kami akan menerima satu lagi kumpulan sistem Starlink untuk bandar yang musnah,” tulis Zelenskyy.

Menurut laporan, sebanyak 53 lagi satelit internet Starlink telah dilancarkan ke angkasa pada pagi kelmarin melalui roket dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI