fbpx

Penyelidikan klinikal Malaysia catat pencapaian luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika berucap pada majlis pelancaran Laporan Tahunan CRM dan Laporan P1RP di Ibu Pejabat KKM hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Malaysia mencatatkan pencapaian luar biasa dalam penyelidikan klinikal apabila merekodkan sebanyak 215 penyelidikan klinikal tajaan baharu melibatkan rawatan penyelidikan dalam bidang penyakit berjangkit, onkologi, hematologi dan kardiologi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jumlah penyelidikan tajaan itu telah diterjemahkan kepada nilai pelaburan tahunan tertinggi sumber daripada kajian klinikal dengan RM226 juta dijana yang menyumbang kepada RM834 juta dalam jumlah Pendapatan Negara Kasar sejak 2012.

Katanya, separuh daripada kajian-kajian itu dijalankan di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan dibawah Kementerian Kesihatan (KKM) dengan selebihnya dijalankan di hospital universiti dan pusat perubatan swasta.

“Sebagai tambahan kepada pencapaian ini, Malaysia buat pertama kalinya telah meningkatkan kedudukannya, ke tempat kedua dalam rantau Asia Tenggara selepas Singapura dalam bilangan kajian klinikal global tajaan industri.

“KKM melalui Clinical Research Malaysia (CRM), kekal komited dalam menerajui usaha menyokong perkembangan penyelidikan klinikal yang ditaja ke dalam negara dengan memastikan kajian klinikal dikendalikan dengan asas kepantasan, kualiti, dan kebolehpercayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Laporan Tahunan CRM dan Laporan Projek Realisasi Fasa 1 (P1RP) di pejabatnya di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya beraspirasi untuk melihat CRM meneroka ujian klinikal yang melibatkan domain peranti perubatan (medical devices) yang belum diterokai dan berpotensi tinggi.

Ujarnya, inisiatif atau penyelidikan yang melibatkan pembangunan Aplikasi Perubatan atau Kesihatan, Rekaan Robotik untuk pembedahan dan prosedur perubatan lain, program berasaskan AI (Artificial Intelligence), kit ujian atau biosensor untuk tujuan diagnostik adalah bernilai tinggi dan peluang yang luas untuk diterokai lebih lanjut. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI