fbpx

MBSA agih 1,279 permit bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rashidi ( tiga kiri) menyerahkan permit kepada salah seorang peniaga bazar Ramadan.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan sebanyak 1,279 permit penjaja bazar Ramadan bagi menjalankan aktiviti perniagaan di 31 lokasi tapak bazar di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

Timbalan Datuk Bandar, Mohd. Rashidi Ruslan berkata, kadar bayaran permit bagi jualan makanan dan minuman adalah RM207 hingga RM297 mengikut kategori yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Para peniaga dan pembantu juga diwajibkan untuk mendapatkan suntikan antityphoid (TY2) dan menghadiri kursus pengendalian makanan.

“Peniaga hanya dibenarkan berniaga di tempat yang diluluskan dan diminta menjaga kebersihan di kawasan tapak masing-msing atau tindakan kompaun akan dikenakan jika meninggalkan tapak dalam keadaan kotor dan tidak dikemaskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, taklimat mengenai bazar termasuk pematuhan prosedur operasi standard diadakan selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI