fbpx
Mohd. Radzi (tengah) ketika sidang akhbar selepas lawatannya di SK Syed Idrus, Chemor hari ini. /FOTO MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID.

Kaji mengapa ramai guru bersara awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin memaklumkan kadar guru yang bersara awal hampir menyamai kadar guru yang bersara wajib.

Menurut beliau, pihaknya sedang memperincikan satu persatu maklumat berkenaan situasi berkenaan sebelum dikongsikan kepada umum.

Katanya, perkara berkenaan memerlukan perincian menyeluruh termasuklah corak dan trend yang mendorong guru-guru untuk bersara lebih awal.

“Kita melihat perincian data ini bukan sahaja dari jumlah tetapi juga perkara-perkara lain termasuklah apabila ramai yang bercakap macam-macam.

“kita juga sedang menyusun data untuk melihat punca satu persatu termasuklah bagaimana keadaan guru serta lama di dalam karier sebelum membuat keputusan bersara awal,” katanya selepas mengadakan tinjauan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka bagi kalendar akademik 2022/2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Idrus, Chemor, di sini, hari ini.

Pada Februari lalu, media melaporkan kebimbangan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengenai laporan berkaitan guru yang memohon bersara awal akibat pandemik Covid-19 di Perak. – KOSMO! ONLINE

POPULAR