fbpx

Harga spageti melonjak enam kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PURATA harga produk spageti telah melonjak sebanyak 13.6 peratus pada tahun lalu. - Getty

LONDON – Harga spageti dilaporkan melonjak hampir enam kali ganda dengan perang di Ukraine dijangka akan menyebabkan harga makanan itu meningkat lebih tinggi, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Penyelidikan baharu mendedahkan bahawa harga sesetengah produk melonjak lebih 70 peratus sejak setahun lalu.

Harga gandum mencecah rekod tertinggi dalam beberapa minggu kebelakangan ini ekoran kebimbangan bahawa konflik yang berlaku akan menjejaskan eksport tanaman dari Ukraine dan Rusia. 

Terdapat kekurangan bekalan gandum walaupun sebelum pencerobohan Rusia bermula kerana situasi tanaman gandum yang tidak menjadi di negara-negara lain.

Angka daripada laman web perbandingan harga, Trolley.co.uk menunjukkan purata harga produk spageti telah melonjak sebanyak 13.6 peratus pada tahun lalu.

Harga beberapa produk pasta kering lain dilaporkan turut melambung tinggi.

Menurut Trolley.co.uk, satu tin Morrisons Spaghetti Rings dengan Sosej dalam Sos Tomato telah meningkat daripada £0.40 (RM2.2) kepada £0.69 (RM3.82) pada tahun lalu, lonjakan sebanyak 72.5 peratus. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI