fbpx
Lelaki tersebut merenung pengantin perempuan dari jauh dengan wajahnya yang kelihatan sedih. - TikTok @nurhasanah.azarya.

Bekas kekasih renung pengantin dari jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah klip video di media sosial Indonesia  memaparkan aksi seorang lelaki yang datang ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya sambil merenung wanita itu dari jauh, lapor portal Wolipop semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok itu, seorang lelaki memakai baju kemeja bercorak petak  dilihat berada di sebalik tiang sambil memerhatikan pengantin perempuan. Difahamkan, dia merupakan bekas kekasih wanita itu.

“Mengapa bekas kekasih datang ketika kita sudah bahagia dengan yang lain. Pengantin perempuan berasa bingung kerana bekas kekasihnya berada di luar,” demikian menurut pemilik akaun tersebut yang merupakan jurusolek pengantin.

Tambah jurusolek bernama Nurhasanah itu, selepas pengantin perempuan keluar ke halaman rumah, bekas teman lelakinya terus memerhatikan pengantin perempuan sambil matanya dilihat ‘berkaca’.

“Dia kemudian cuba mendekati pengantin perempuan dengan berpura-pura membantu jurugambar,” ujarnya.

Aksi jejaka itu mendapat  perhatian pengantin lelaki yang lantas berasa marah sehingga ingin menyalin busana pengantin yang dipakainya meskipun majlis perkahwinan belum tamat.

Hasratnya itu bagaimanapun ditegah oleh pengantin perempuan yang kemudian memujuknya.

Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Pasti bekas kekasihnya menyesal kerana dia amat cantik seperti patung Barbie,” kata seorang netizen.

“Tidak apa kerana pengantin lelaki lebih kacak berbanding bekas kekasihnya. Dia telah mendapat seseorang yang lebih baik,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI 

POPULAR