fbpx

Demam Scarlet merebak di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gejala demam Scarlet biasanya termasuk ruam merah, sakit tekak, lidah bengkak dan pipi menjadi merah. - NHS

LONDON – Ibu bapa di England diberi amaran supaya  memantau gejala sejenis penyakit yang amat mudah merebak dalam kalangan kanak-kanak, lapor akhbar Daily Star UK, kelmarin.

Amaran itu susulan peningkatan kes demam Scarlet. Ini kerana orang  ramai  gagal mengesan simptom penyakit bawaan pepijat itu kerana menganggap wabak tersebut tidak lagi wujud di zaman moden.

Penyakit itu ditakuti dan merebak ketika era pemerintahan Ratu Victoria dari tahun 1837 hingga 1901.

Pihak berkuasa  kesihatan bagaimanapun mengesahkan bahawa demam Scarlett kini dikesan di barat laut England termasuk Wigan, Salford dan Greater Manchester.

Gejala demam Scarlet termasuk ruam merah, sakit tekak, lidah bengkak dan pipi merah.

Menurut pakar-pakar kesihatan, kebanyakan kes bagi wabak yang jarang berlaku itu hanya melibatkan simptom yang tidak serius.

Timbalan Pengarah  Agensi Keselamatan Kesihatan Britain, Dr. Merav Kliner berkata, ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat peningkatan kes demam Scarlet pada tahun ini.

“Kami terus memantau kadar jangkitan di seluruh barat laut England.

“Demam Scarlet sangat mudah berjangkit tetapi biasanya tidak serius dan senang dirawat dengan menggunakan ubat antibiotik bagi  mengurangkan risiko komplikasi serius serta mencegahnya daripada  merebak kepada orang lain.

“Adalah penting untuk mengambil antibiotik, seperti yang diarahkan oleh doktor anda untuk meminimumkan risiko komplikasi.”

Sebuah sekolah di Manchester telah mengeluarkan amaran kepada pihak ibu bapa bahawa kuman   itu telah merebak di dalam bilik darjah dan meminta mereka mengawasi keadaan kesihatan anak masing-masing. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI