fbpx

Black Panthers enggan kecewakan penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Zaim.

GEORGE TOWN – Penang Black Panters nekad tidak mahu menghampakan penyokong skuad itu pada saingan Emas Anuar Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STL) di Iskandar Puteri, Johor bermula hari ini.

Terdahulu, pasukan kendalian Jurulatih Mohamad Fazil Mohd. Asri dan Ahmad Sufian Napiah telah ditumbangkan Juara dari Divisyen 1, Melaka Titans 1-2 pada aksi pembukaan petang tadi.

Kapten pasukan, Muhammad Zaim Mohd. Razali berkata, skuad Harimau Kumbang akan lebih agresif dalam perlawanan menentang Putrajaya Cyborg dan Kuala Lumpur Thunder.

Menurutnya, perlawanan pertama menentang Melaka Titans sememangnya memberi saingan yang sengit selain berdepan dengan pemain pengalaman termasuk import dari pasukan Liga Premier.

“Selain mental dan fizikal, persiapan telah dilakukan bagi mencari keserasian antara pemain ketika dalam gelanggang.

“Kami tak (tidak) mahu sesekali kecewakan penyokong setia dan akan cuba yang memberi yang terbaik buat penyokong setia Black Panthers pada Piala Juara-Juara musim ini.

“Beri kepercayaan dan sokongan untuk kami menggandakan lagi rentak kecemerlangan pada perlawanan nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI